Sistem pendidikan di
Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai
kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi
lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun
yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan
dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin
mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk itu beberapa
perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran
Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di
sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam
pendidikan.
Kesinambungan
daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat,
kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program
pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran
berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah
diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan
penggunaan ICT dalam pendidikan.
Selaras dengan
programprogram ICT yang dilancarkan, kerajaan
telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam
semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan
kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan
dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan bidang pendidikan
termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah
kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan
ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan
program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik
komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan
pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT.
Oleh itu para
pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran
yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini.
Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari
nanti pelajar-pelajar pergi
ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti buku.
Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.
Teknologi pada masa kini memang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia. Malahan, kerajaan juga merancang untuk mempertingkatkan lagi bidang ICT dalam negara kita. Pada pendapat saya, teknologi memang memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita. Walaubagaimanapun, kebanyakkan sekolah di bandar mahupun luar bandar, sudah diperkenalkan subjek IT. Biasanya, terdapat satu kelas daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 yang mengambil subjek ini sebagai subjek yang wajib. Pendekatan ini membolehkan penggunaan ICT yang lebih meluas dalam kalangan pelajar. Selain itu, kebanyakkan pelajar IPTA dan IPTS mempunyai laptop sendiri untuk kegunaan harian seperti membuat laporan, asignment dan sebagainya. Oleh itu, teknologi memang sangat penting dalam bidang pendidikan supaya kita dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, terbilang dan gemilang. Sesuai dengan apa yang disarankan oleh kerajaan.
ReplyDeleteDalam dunia pendidikan kita di masa kini, teknologi membawa dampak yang sangat kuat. Nyaris semua bidang pendidikan masa kini sudah tersentuh oleh teknologi. Mulai dari yang paling sederhana sekalipun sudah tersentuh oleh teknologi. Contohnya adalah adanya sebuah web site ataupun web log yang mengusung tema pendidikan dengan segala pernak-perniknya. Semua hal yang bersifat pendidikan diulas dan dibahas habis sampai ke akarnya.
ReplyDeletesesungguhnya teknologi memberi impak yang sangat besar dalam memajukan taraf kehidupan rakyat..
ReplyDeletedalam era globalisasi, IT memainkan peranan yang oenting dalam kehidupan. dalam konteks ini,peranan IT dapat dilihat dalam pendidikan.
ReplyDeleteIT membantu para pendidik dan pelajar dalam melancarkan program pembelajaran dan pengajaran.
oleh itu, pihak2 yang berkaitan perlulah memahami akan kepentingan IT bagi memantapkan kemajuan diri dan negara.
Pada pendapat saya, segala pembelajaran kini perlu diiringi dengan teknologi kerana ia ternyata dapat membantu pelajar. Selain itu, teknologi memudahkan pelajar untuk memahami sesuatu subjek yang dipelajari.
ReplyDeleteTeknologi Pendidikan adalah bersepadu, pengalaman program pengajaran berasaskan direka untuk menyediakan pelajar mempunyai pengetahuan tentang teknologi evolusi, sistem, teknologi, penggunaan, dan kepentingan sosial dan budaya.Ia menyebabkan konsep aplikasi matematik dan sains kepada sistem teknologi dalam bidang seperti, tetapi tidak terhad kepada: sektor pembinaan, pembuatan komunikasi, pengangkutan, bioteknologi, dan kuasa dan tenaga. Pelajar dicabar untuk menemui, mencipta, menyelesaikan masalah, dan membina penyelesaian dengan menggunakan pelbagai alat, mesin, sistem komputer, bahan, proses dan sistem teknologi.
ReplyDelete