Tuesday, 22 May 2012
Monday, 21 May 2012
Bekas Alat tulis
Bahagian Hadapan
Bahagian Sisi
Bahagian Sisi
Bahagian Belakang
Bahagian Atas
Bahagian Atas
Bahagian Atas
Bahagian Atas
Bahagian Bawah
Tuesday, 15 May 2012
PERANAN TEKNOLOGI DALAM MEMAJUKAN BIDANG PENDIDIKAN
Sistem pendidikan di
Malaysia masa kini sedang mengalami perubahan yang amat pesat sekali. Pelbagai
kaedah baru telah diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang pendidik menjadi
lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih mudah dan menyeronokkan. Sejak beberapa tahun
yang lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer telah mula diperkenalkan
dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang semakin pesat, ianya semakin
mendapat perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Untuk itu beberapa
perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matapelajaran
Teknologi Maklumat (IT) mula di perkenalkan oleh KPM sebagai mata pelajaran pilihan di
sekolah menengah bermula pada penghujung tahun 1998. (Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
2000). Ini adalah permulaan yang menunjukkan kesungguhan KPM menerapkan penggunaan ICT dalam
pendidikan.
Kesinambungan
daripada memperkenalkan matapelajaran Teknologi Maklumat,
kementerian telah melaksanakan lagi beberapa program yang berkaitan dengan ICT seperti program
pengenalan kepada computer pada tahun 1986, projek literasi komputer 1992, projek pelajaran
berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek jaringan pendidikan pada tahun 1995 telah
diperkenalkan di sekolah menengah dan juga di sekolah rendah, ini adalah untuk memperluaskan
penggunaan ICT dalam pendidikan.
Selaras dengan
programprogram ICT yang dilancarkan, kerajaan
telah memperkenalkan sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan penggunaan ICT dalam
semua urusan pentadbiran dan pengajaran dan pembelajaran. Segala kemudahan dan
kelengkapan ICT diberikan dengan secukupnya. Menyedari kepentingan dan keberkesanan
penggunaan ICT dalam pendidikan, kerajaan telah menambahkan pelbagai projek dan perancangan berkaitan
dengan ICT yang bermula di sekolah kebangsaan lagi.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah
memperkenalkan pelbagai dasar ataupun langkahlangkah untuk memajukan bidang pendidikan
termasuklah melancarkan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Salah satu daripada teras PIPP ialah memperkasakan sekolah kebangsaan. Untuk memperkasakan sekolah
kebangsaan ini, program pembestarian sekolah dan pengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P) telah diwujudkan. Program pembestarian sekolah melibatkan penggunaan
ICT secara sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Untuk melaksanakan
program-program tersebut, KPM telah menyediakan infrastruktur seperti makmal/bilik
komputer, perkakasan seperti komputer, computer riba, projektor LCD dan pelayan bagi pengajaran dan
pembelajaran serta melatih guru berkaitan ICT.
Oleh itu para
pendidik digesa supaya melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran
yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini.
Sehubungan dengan itu, para pendidik perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang
mencukupi dalam penggunaan ICT. Ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari
nanti pelajar-pelajar pergi
ke sekolah bukan membawa buku tetapi membawa komputer riba sebagai penganti buku.
Perkara ini sudah berlaku di negara-negara maju.
BIODATA DIRI
NAMA : IBRAHIM BIN ZULKIFLLI
NO MATRIK : A133856
FAKULTI : SAINS DAN TEKNOLOGI
TAHUN : 2
e-mel : ibrahimzulkiflli@gmail.com
facebook : ibrahim zulkiflli
Subscribe to:
Comments (Atom)