Monday, 30 April 2012

video teknologi dan inovasi

The piano Stairs


The world's deepest bin



Bottle bank arcade


Give parent some peace!


Fighting H1N1 with fun


Monstruo come sobras


Kinder-ampel-fun theory


The people counter


The shopping carts


The slide


Garbage getdown






GAMBAR INOVASI DAN TEKNOLOGI


Turbine Light


Turbine light ialah sebuah tiang lampu yang mendapat kuasa dari turbin angin.  Pergerakan angin yang terhasil dari pergerakan kereta mampu untuk menggerakkkan turbin angin tersebut. turbin ini masih mampu menjana elektrik meskipun dengan gerakan turbin yang sedikit. hal ini menjadikan ia sebagai sebuah tenaga alternatif yang sesuai jika dibandingkan dengan menggunakan tenaga solar.

 Happy Basin – Clean, precious water; up for slurps!



Basin ini dicipta untuk mengatasi masalah kekurangan air bersih dinegara yang mundur. basin ini mampu membersihkan air yang kotor dengan kadar yang cepat. Ia diperbuat daripada penapis nano seramik dengan lubang dibawahnya untuk menapis air kotor yang masuk kedalan basin. Ia menggunakan sistem tekanan keapungan dan osmosis untuk menapis air tersebut.

Iiamo Go Self Heating Feeding Bottle


Deisgner Karim Rashid telah mencipta botol susu bayi yang memanaskan suhu susu tanpa menggunakan kuasa elektik. Botol susu ini boleh memanaskan susu sehingga 37C dalam masa 4 minit tanpa menggunakan sebarang bateri atau elektrik. Ia menggunakan pemanas katdrij organik. Ia menggunakan 100% bahan organik iaitu garam dan air. Haba dihasilkan apabila garam mula terhidrasi.

Wind-driven boot dryer



WinDry bertindak dengan menghalakan laluan angin terus masuk kedalam but dan mempercepatkan pengewapan kelembapan. Kesan venturi digunakan untuk menggalakkan pergerakkan angin masuk kedalam but. Windry dibuat daripada plastik HDPE dan 100% boleh dikitar semula. Bertindak secara berkesan menggunakan angin tanpa memerlukan kuasa elektrik.


Thermodynamic Cooler 



"thermodynamic cooler" dicipta oleh Rochus Jacob dan merupakan sistem penyejuk yang sgt inovatif. Alat ini tidak memerlukan elektrik dan menyejukkan makanan dengan menggunakan sistem pengewapan air. Alat ini dicipta dengan menggunakan bio-plastik, tanah liat dan kaca. Pengguna hanya perlu mengisi air setiap 2 hari untuk memastikan alat ini terus sejuk. Ia menggunakan hukum termodinamik untuk mewujudkan kesan penyejuk didalam alat tersebut. Secara tidak langsung, alat ini dapat mengurangkan penggunaan kuasa domestik.

Pocket Shower 





Pocket shower digunakan untuk mandi di mana sahaja. Alat ini mampu menampung air sebanyak 10 liter air.    Air yang dimasukkan kedalam bekas tersebut akan berada dalam suhu yang normal. Alat ini hanya perlu digantung ditempat yang tinggi seperti contoh di atas pokok..


M2E






Teknologi M2E diinspirasikan dari prinsip Faraday iaitu tenaga tercipta dari pergerakan magnet melepasi gelungan. Sistem ini akan menghasilkan  tenaga antara 300% hingga 700%  lebih banyak tenaga daripada teknologi tenaga kinetik yang ada. Alat ini sesuai untuk mengecas alat elektronik yang kecil seperti telefon bimbit, PDA atau MP3. alat ini terdiri daripada gelungan kecil dan magnet dan disambungkan kepada penyimpan bateri. 

Wall-E Clean N Go M-O 






MO digunakan untuk membersihkan rumah alat ini bergerak secara automatik dan membersihkan kotoran di sepanjang laluannya. Ia bergerak dengan kuasa bateri yang boleh di cas semula.

UVonion 





UVonion ini direka oleh Yun li dan ia merupana sejenis lampu ultraviolet yang berbentuk bawang. Ia boleh menerangi persekitaran dan menjimatkan banyak tenaga. Alat ini akan menyimpan cahaya ultraviolet pada waktu siang dan memancarkannya pada waktu malam. Ia menukarkan cahaya solar tersebut kepada tenaga elektrik dan memancarkan cahaya ultraviolet melalui LED.


POWERleap 






POWERleap telah membangunkan sistem lantai yang menukarkan tenaga berjalan manusia kepada tenaga elektrik. Sistem ini menggunakan teknologi piezoelektrik yang menukarkan gegaran kepada tenaga. Alat ini mampu memnghasilkan banyak tenaga elektrik

Shoe Generator





Kasut ini direka untuk berjalan dan untuk menghasilkan tenaga.  Seorang penyelidik dari Louisiana Tech University mereka kasut tersebut yang mempunyai penjana elektrik di tapaknya. Ia menggunakan sistem piezoelektrik. Tenaga yang terhasil dari berjalan itu akan ditukarkan kepada tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang terhasil boleh digunakan untuk menghidupkan alat elektriktronik yang kecil.